Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Hizbullah, Sayid Hasan Nasrullah mengecam pembunuhan Al-Sheikh Sa'ad al-Din Giyyeh di Tripoli. Menurut beliau kejadian tersebut amatlah mendukacitakan dan berkata, "Saudara pejuang Sheikh Sa'ad al-Din Giyyeh yang ditembak pagi tadi (12/11/2013) dengan penuh dendam kesumat dan kejam, di Kota Tarablus, beliau dihukum sebagai syahid yang mana sebelum ini beberapa kali sudah terdedah kepada percubaan bunuh."
Beliau berkata demikian dalam majlis Asyura yang diadakan di kompleks Sayyidus Syuhada, Ruwais.
"Sasarannya ialah garisan Moqawama iaitu seluruh kesatuan pemikiran, persaudaraan di kalangan umat Islam, seluruh tempat yang dihuni oleh rakyat Lubnan. Serangan ini ditujukan kepada semua orang yang menggunakan akal sebagai prioriti dalam beraneka cara. Ia berasal daripada golongan Takfiri pembunuh di rantau ini, sasaraannya ialah orang yang mengambil pendirian dengan berbagai cara sehingga menjadi korban golongan Takfiri dan pembunuhan di Lubnan dan seluruh rantau."
Sayid Hasan Nasrullah menegaskan, "Kejadian ini benar-benar dikecam, tapi kenapa tidak ada yang mengeluarkan kecaman dan tidak mengaku bertanggung jawab? Apakah dorongan untuk mereka mendahulukan atau menangguhkannya sedangkan ketika ini terdapat kekuatan politik yang menjamin keamanan dan keselamatan? Keselamatan dan keamanan warga Lubnan termasuklah asas parlimen, hingga sekarang pembunuhan ini dibiarkan seakan-akan ianya tidak wujud sama sekali. Apa yang saya ingin katakan tentang pembunuhan ini, ianya merupakan petunjuk yang bahaya, permulaan kejadian terutamanya di Tripoli, serta Lubnan keseluruhannya. Amaran hendaklah dikeluarkan, kejadian ini hendaklah dihentikan, di sana terdapat ancaman yang bakal mewujudkan kecenderungan-kecenderungan tertentu di peringkat dalam Lubnan...
"Kerajaan, undang-undang Lubnan, pasukan keselamatan yang mula-mula memikul tanggung jawab, hendaklah kejadian dan yang sama sepertinya ditangani...
"Sesungguhnya pengeboman di Tripoli, pengeboman di Dhahiya Janoubiya merupakan arus yang bahaya, pembunuhan ini juga merupakan arus yang berbahaya, masalahnya bukanlah jumlah syuhada atau sudah menjadi kebiasaan, berapa besar jumlahnya, pengebomannya ataupun dalangnya, kerajaan hendaklah menangani perkara ini, dan setiap tenaga politik hendaklah menangani perkara ini demi menghentikan bahaya yang amat sensitif."
12 November 2013 - 20:30
News ID: 480672
Kerajaan Lubnan dan seluruh tenaga politik memikul tanggung jawab menangani pembunuhan para pejuang.